...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Showing posts with label The Almighty Him. Show all posts
Showing posts with label The Almighty Him. Show all posts

Friday, 9 September 2016

After Two Years

Life has changed.

from someone undergrad, 
I am now a postgrad.

from Nilai,
I am now moved to Malacca.

from only a mutarabbi,
I became a Murabbi.

from only a buyer,
I am now a seller.

May Allah bless my effort.
May He helps me in achieving my dreams.
May He forgive my sins. 

and I hope, YOU will not forget me. 
UTeM, Ramadhan 2016.

Tuesday, 20 November 2012

100% (ctrl + A) -> (crtl + C) -> (ctrl + P). TAPI INI MENARIK!



Salahuddin Al-Ayubi: Penakluk Baitulmaqdis





''Sesiapa yang menakluk Palestin (Bailtulmaqdis) maka mereka menguasai dunia.."


Assalamualaikum, salam sejahtera. Kali ini mari kita mengimbas kembali kehidupan seorang insan mulia yang namanya tersohor dalam sejarah Islam dan peradaban dunia, sebagai seorang penakluk yang gagah dan berwibawa, dan seorang hamba Allah yang Soleh.


SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.


Perang Hutain yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Dengan izin Allah kumpulan yang kecil itu telah mencapai kemenangan.


Sepanjang hidupnya, Salahuddin Al-Ayubi mempersembahkan seluruh kehidupannya kepada Allah dan perjuangan fisabilillah. Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.


Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"


Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!






Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.


Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.


Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.


Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.






Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.


Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi. Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.






Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.






Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Pernah satu ketika, Salahuddin Al-Ayyubi menyuruh wazirnya balutkan tubuh dia dengan kain kafan tapi Salahuddin Al-Ayyubi pesan supaya tangannya dibiarkan terbuka. Wazirnya menjawab "Aku tidak sanggup melakukannya". Kata Salahuddin Al-Ayyubi, "Kalau begitu, engkau lakukannya di saat aku mati nanti. Sampai waktunya yang telah ditetapkan, Salahuddin menghembuskan nafas yang terakhir. Wazirnya melaksanakan pesan Salahuddin Al-Ayyubi. Seluruh tubuhnya dibalut dengan kain kafan kecuali tangannya dibiarkan terbuka. 


Semasa jenazah diusung, ramai la yang melihat tangan Salahuddin Al-Ayyubi tak berbalut. Mereka bertanya kepada wazir Salahuddin Al-Ayyubi "Kenapa engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?" Jawab wazir tersebut, "Baru kini aku mengerti. Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada apa yang akan dibawa ketika mati nanti." 






Begitulah kesudahan kisah hidup seorang pemimpin, panglima perang dan hamba Allah yang terlalu berjasa kepada tertegaknya syiar Islam di atas muka bumi Allah ini. Semoga dirinya dan para syuhada dirahmati Allah dan mendapat balasan syurga yang telah dijanjikan. Wallahualam.

^TERUSKAN BERDOA^
#PrayForPalestine
#PrayForGhazzah 

Pemilik artikel=http://jejakpendita.blogspot.com/2010/12/salahuddin-al-ayubi-penakluk.html (terima kasih. moga Dia redha)

Monday, 19 November 2012

Of Material Science and Farah~


Salam alaik, Dr Erni and my friends.
I have just finished reading the pdf file uploaded by Dr about the phase diagram. As for me, this topic isn't too easy to be taught, yet not too difficult to be understood. Furthermore, this chapter is more or less about processes whereby the particular material changes phase. This is very important to be noted as we as material scientists need to know deeply about each and every process and steps taken by highlighted material in order to be in equilibrium. Besides, this topic seems interesting to me except for the hard-to-understand graphs but I do really hope that I can understand more about them as Dr teaches us soon. 
About the part that I really not understand, am not going to state the specific part(s) as I just have done reading the topic for once,thoroughly. As we know, this course wanted us to read more than once to ensure we understand the facts about materials world. therefore, I think is it not proper to highlight the part since I haven't do as mentioned before. 
*added info.
I found this interesting website about our topic ; phase diagram. Do click on it and lets try! ;)
~ http://www.sciencegeek.net/Chemistry/taters/phasediagram.htm
~ http://www.chm.davidson.edu/vce/phasechanges/PhaseDiagram.html

Okay done. Thats all from me. Thank you everyone for reading this simple feedback. Don't forget to #PrayForGazaAndPalestine and for people around the world. May He Bless. 

Monday, 13 August 2012

tarbiyah Allah dalam pelbagai bentuk

hari demi hari, satu-satu berita kematian menjengah ke telinga.
ayah meninggal, adik meninggal, kawan meninggal, dll~
after-all, itu sign drpd Dia, supaya diri ni terus beribadah.
nak nak pulak sepuluh malam terakhir bulan mulia ni.
ya, tarbiyyah Dia datang dalam pelbagai bentuk.
begitu juga dengan ujian daripada Dia.
Buat kamu yang melalui pengalaman ni,
harap sentiasa tabah.
saya sayang kamu,
dia sayang kamu,
semua sayang kamu.
jangan patah semangat,
jangan putus asa,
ni hanya satu daripada siri ujian buat kamu,
dan buat aku
agar kita kembali mengingati Dia.

--------------------------------------

moga terus tabah.

Thursday, 28 June 2012

saya tak pakar bab ini. ada sesiapa mahu jelaskan?

''Meletakkan titik pada huruf2 dalam mushaf alquran. Para sahabat penulis wahyu yang menulis wahyu ketika turunnya al-quran kepada nabi tidak pernah meletakkan titik pada huruf ب"’ atau ت"” ,juga selepas itu ,saidina uthman al affan apabila menulis enam buah mushaf dan menghantarnya ke beberapa negara tidak meletakkan titik di atas huruf dalam mushaf itu. Tapi sekarang kita mendapati terdapat noktah atau ttik di dalam mushaf.adakah puak wahhabi akan mengatakan ini juga bid’ah yg sesat ,dan pelakunya layak dihumban ke gaung neraka?? ...sesungguhnya orang yang mula meletakkan titik pada mushaf adalah seorang dari tabii’in yang bertakwa ,iaitu yahya bin ya’mar dan dia juga yang meletakkan baris i’rab.''
petikan daripada : http://izharsunnah.blogspot.com/2008/03/menyambut-maulid-bidah.html

#selamatkan dunia Islam Ya Allah... 

Friday, 18 November 2011

assalamualaikum, salam satu ummah.


 ''kebahagiaan yang abadi adalah kebahagiaan bertemu Allah maha pencipta dalam keadaan yang baik, husnul khatimah''

sememangnya dunia merupakan 'syurga' maksiat, bahkan amat susah untuk kita, manusia umum ini untuk terus bermujahadah melawan nafsu dan syahwat yang merajai diri seandainya tidak dibanteras.

farah sendiri pun selalu 'tersesat' atas tanah lapang. sungguh, kita tak mudah untuk bertahan sekiranya tidak ada sebarang benda untuk bergantung.

dan sekarang tidak ada lagi latihan debat dalam jadual waktu farah. sayang nak lepaskan tapi biarlah, ada rezeki insya-Allah farah join semula kelab tu. moga Allah permudahkan. dan moga mereka memahami keadaan farah.

2x gagal kuiz fizik moden. PRAPPPPPP rasenya. sungguh, tak dapat terima, sehingga terasa ingin masuk tanah (down sangat-sangat). terima kasih kepada mereka yang bersama farah esp abah dan mak.


kadang-kadang rasa sunyi melanda diri ini walau pada hakikatnya, ramai orang yang berada di sekeliling.
tapi berbekalkan kata-kata ''kau nak sangat AP ni. kate kau minat sangat fizik. kate kau nk jadi engineer. kate kau nak jadi terbaik, dpt DL. kate kau nak ......blablabla'', farah tempuh jua. kesedihan tak kekal selamanya (pada zahirnya). biarlah. ini perlu menjadi suatu iktibar dan pengajaran pada diri sendiri agar tidak terjadi lagi pada masa hadapan.


banyak yang sampai tapi tak kena tepat pada sasaran
begitu lah hidup ini. banyak cubaan yang kita telah, sedang, dan akan lakukan sepanjang hidup ini. tapi berapa kerat je yang bull's eye? wallahu'alam. kita, n Yang Maha Esa shj yang dapat menjawapnya.

jadi, jangan terlalu mengharapkan kejayaan tanpa sebarang permasalahan. hanya orang gila shj yang tidak berhadapan masalah dalam hidupnya,kerana dia tidak mampu berfikir dengan waras akan sesuatu perkara.

3.35 SEAWAL SEMESTER SATU. payah, memang payah. tapi siapa kita untuk menidakkannya? inna m3al 3usri yusra~ dan man jadda wajada man zara3a hasoda~


yes, He's there if and only if we're there, too.







Monday, 26 September 2011

an UPDATE! :D

Assalamualaikum, Muslims.
I'm now in the lovely hostel ^^ , waiting for the time to go to the Arabic class on 5 pm. wow, degree! (not so wow lah)
having one class in the morning, and the other class in the evening make me eager to go back hostel more often -.-
hope this habit will not last longer.

i love this song, YEARS FROM NOW- AIZAT AMDAN
this song make me thinking of my future, what/ who will i be, when the time comes. will my wishlist be real ones? only Allah can make it true, plus my effort and my spirit to be a successful person in the future.


have faith, guys. be responsible to your responsibilities (this is for me to0)

then, c ya later. take care, friends.

salam alaik~

Sunday, 4 September 2011

Ukhuwwah Itu Manis ^^


salah sebuah rumah tumpangan (homestay) haji Hassan
Batu Bersurat, landmark Kuala Terengganu
*ada di round-about ke Pasar Payang*
Masjir Terapung Tengku Zaharah, Kuala Terengganu
 
Pasar Kedai Payang
Rumah pengantin, Kampung Laut.

  Assalamualaikum, kawan-kawan. Saya baru tiba dari Kuala Terengganu, Bandar Pesisir Pantai. Sangat lama perjalanan...mmg salute la kat kawan-kawan yang tinggal di pantai timur..
 
   Abang saudara saya sudah mendirikan masjid -.-
moga beliau sentiasa berada di bawah rahmat Ilahi, bersama kita. Tabahkan hati menempuh alam perkahwinan.
Saya juga berkesempatan untuk ke Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu, dan juga Masjid Terapung Tengku Zaharah. subhanallah!
 
   Yang menarik, majlis perkahwinan kali ini dihadiri oleh kaum keluarga belah ibu pengantin lelaki (Kg Kuantan) dan ayah pengantin lelaki (Kajang) dengan lebih kurang 16 buah kereta. subhanallah! sesungguhnya ukhuwwah itu manis! betapa hebatnya ikatan kekeluargaan sehingga mereka redha menempuh perjalanan yang mengambil lebih daripada 6 jam untuk ke Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Terima kasih Allah!
 
   Alhamdulillah, majlis nikah pada malam 2 sept(jumaat) dan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan berjalan dengan jayanya, alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Moga Allah teruskan limpahan rahmat-Nya kepada umat seluruh alam.
 
   Sambil menyelam minum air. Saya berkesempatan untuk mencuci mata di bandar itu, memandangkan saya belum pernah ke tempat sejauh itu hehe. Terengganu makin sibuk, bak kata ibu saya. Sepanjang saya di sini, saya dan keluarga tinggal di homestay Haji Hassan, di belakang Hotel Permai (Permai Hotel). Tempat ini dikelilingi oleh tempat-tempat menarik antaranya Istana Badariah (istana rasmi, kalau saya tak salah), Kelab Golf Diraja, Taman Rekreasi Kuala Ibai, Masjid Terapung Tengku Zaharah,dan banyak lagi. gambarnya ada di atas.:D

   Alhamdulillah, syukran ya Allah. Moga hidupku ini bermanfaat bagiku, dan diredhai oleh-Mu, ya Allah.

Ilalliqa', ma'as salamah :)

Tuesday, 2 August 2011

Doa Harian Bulan Ramadhan

Doa Hari Pertama


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua

اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

Doa Hari Ketiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat

اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Hari keenam

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa-Nya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, Dengan Taufiq-Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebagian dari Rahmat-Mu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas

اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas

اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas

اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, Dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari keempat Belas

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas

َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan Rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas

اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari Kelapan Belas

اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang terdapat di saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah Syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Kurnia-Mu, turunkan untukku keberkatan-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-Mu, Dan tempatkanlah aku di dalam Syurrga-Mu yang luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga

اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, Dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohonkepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, Dan dosa-dosa ku di ampuni, amal perbuatanku diterima, Dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, Dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, Dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semuap permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan Penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan Keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,demi Kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.


credit:http://www.solihinzubir.com/2011/08/doa-harian-bulan-ramadhan.html

Thursday, 7 July 2011

Kita Kini di Stesen Syaaban

Alhamdulillah wa syukru lillah...
assalamualaikum, kawan-kawan.. entri kali ini dalam bahasa :)


Syaaban. Ma za Syaaban? huwa ihda asyhur fil Islam... qabla Ramadhan wa ba'ada Rajab.


ya, saya akan menulis mengenai Syaaban, bulan Rasulullah.
"Berkata Siti Aisyah r.a.: Bulan yang lebih di kasihi Rasulullah s.a.w. adalah bulan Syaaban''.
Sabda Nabi s.a.w,
''Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Syaaban adalah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa, dan Ramadhan adalah mensucikan dosa (jasmani dan rohani)''.


Apakah Syaaban?

kemuliaan...ش: شرف
ketinggian...ع: علو
kebajikan...ب: بر
jinak...ا: الف
cahaya...ن: نور


Malam Istimewa, Hari Raya Para Malaikat. 

Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jaelani dalam Ghaniah: Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam LailatulQadar, mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malam. Bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan beribadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Dalam Kitab Iqna': bahawa Jibril bersungguh-sungguh menunaikan segala hajat pada malam Nisfu Syaaban. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah aku bahawa Allah s.w.t telah mengampunkan segala umatmu, orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya. Dengan tiba-tiba semua pintu syurga terbuka.

Amalan pada malam Nisfu Syaaban.
1. membaca penghulu istighfar
2. memohon keampunan untuk kedua-dua ibu bapa

3. memohon keampunan dan taubat diri
4. membaca:لا اله الا الله ولا نعبد الا اياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
5. membaca Al-Quran al-karim
6. memperbanyak tasbih
7. selawat ke atas nabi
8. berzikrullah
9. bersolat sunat

sumber:buku kelebihan 3 bulan| Rejab, Syaaban & Ramadhan| serta pengisiannya, Budiman Radzi, terbitan Al-Hidayah Publications.


اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

 
           walhamdulillah... ilalliqa'

     

Monday, 4 July 2011

Some Love Letters From The Almighty ALLAH for The Remembrance




Muhammad:47,33-38

Assalamualaikum, everyone.

People said, sharing is caring. So, to care is to share!




(33) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
O you who believe! obey Allah and obey the Messenger, and do not make your deeds of no effect.


(إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ مَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُم (34
Surely those who disbelieve and turn away from Allah's
way, then they die while they are unbelievers, Allah will by no means forgive them.


(فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَن يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ(35
And be not slack so as to cry for peace and you have the
upper hand, and Allah is with you, and He will not bring your
deeds to naught

(إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ(36
The life of this world is only idle sport and play, and if you
believe and guard (against evil) He will give you your
rewards, and will not ask of you your possessions.

(37)إِن يَسْأَلْكُمُوهَا فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا وَيُخْرِجْ أَضْغَانَكُمْ
If He should ask you for it and urge you, you will be niggardly, and He will bring forth your malice.


هَا أَنتُمْ هَـٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم(38
Behold! you are those who are called upon to spend in Allah's way, but among you are those who are niggardly, and whoever is niggardly is niggardly against his own soul; and Allah is Self-sufficient and you have need (of Him), and if you turn back He will bring in your place another people, then they will not be like you.


Allah...masya-Allah..subhanallah...


*yes, sharing is caring,friends!