...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Thursday 7 July 2011

Kita Kini di Stesen Syaaban

Alhamdulillah wa syukru lillah...
assalamualaikum, kawan-kawan.. entri kali ini dalam bahasa :)


Syaaban. Ma za Syaaban? huwa ihda asyhur fil Islam... qabla Ramadhan wa ba'ada Rajab.


ya, saya akan menulis mengenai Syaaban, bulan Rasulullah.
"Berkata Siti Aisyah r.a.: Bulan yang lebih di kasihi Rasulullah s.a.w. adalah bulan Syaaban''.
Sabda Nabi s.a.w,
''Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Syaaban adalah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa, dan Ramadhan adalah mensucikan dosa (jasmani dan rohani)''.


Apakah Syaaban?

kemuliaan...ش: شرف
ketinggian...ع: علو
kebajikan...ب: بر
jinak...ا: الف
cahaya...ن: نور


Malam Istimewa, Hari Raya Para Malaikat. 

Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jaelani dalam Ghaniah: Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam LailatulQadar, mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malam. Bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan beribadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Dalam Kitab Iqna': bahawa Jibril bersungguh-sungguh menunaikan segala hajat pada malam Nisfu Syaaban. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah aku bahawa Allah s.w.t telah mengampunkan segala umatmu, orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya. Dengan tiba-tiba semua pintu syurga terbuka.

Amalan pada malam Nisfu Syaaban.
1. membaca penghulu istighfar
2. memohon keampunan untuk kedua-dua ibu bapa

3. memohon keampunan dan taubat diri
4. membaca:لا اله الا الله ولا نعبد الا اياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
5. membaca Al-Quran al-karim
6. memperbanyak tasbih
7. selawat ke atas nabi
8. berzikrullah
9. bersolat sunat

sumber:buku kelebihan 3 bulan| Rejab, Syaaban & Ramadhan| serta pengisiannya, Budiman Radzi, terbitan Al-Hidayah Publications.


اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

 
           walhamdulillah... ilalliqa'

     

1 comment:

Anonymous said...

berdebar2 nak tunggu ramadhan.. :)