...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Sunday 4 September 2011

Ukhuwwah Itu Manis ^^


salah sebuah rumah tumpangan (homestay) haji Hassan
Batu Bersurat, landmark Kuala Terengganu
*ada di round-about ke Pasar Payang*
Masjir Terapung Tengku Zaharah, Kuala Terengganu
 
Pasar Kedai Payang
Rumah pengantin, Kampung Laut.

  Assalamualaikum, kawan-kawan. Saya baru tiba dari Kuala Terengganu, Bandar Pesisir Pantai. Sangat lama perjalanan...mmg salute la kat kawan-kawan yang tinggal di pantai timur..
 
   Abang saudara saya sudah mendirikan masjid -.-
moga beliau sentiasa berada di bawah rahmat Ilahi, bersama kita. Tabahkan hati menempuh alam perkahwinan.
Saya juga berkesempatan untuk ke Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu, dan juga Masjid Terapung Tengku Zaharah. subhanallah!
 
   Yang menarik, majlis perkahwinan kali ini dihadiri oleh kaum keluarga belah ibu pengantin lelaki (Kg Kuantan) dan ayah pengantin lelaki (Kajang) dengan lebih kurang 16 buah kereta. subhanallah! sesungguhnya ukhuwwah itu manis! betapa hebatnya ikatan kekeluargaan sehingga mereka redha menempuh perjalanan yang mengambil lebih daripada 6 jam untuk ke Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Terima kasih Allah!
 
   Alhamdulillah, majlis nikah pada malam 2 sept(jumaat) dan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan berjalan dengan jayanya, alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Moga Allah teruskan limpahan rahmat-Nya kepada umat seluruh alam.
 
   Sambil menyelam minum air. Saya berkesempatan untuk mencuci mata di bandar itu, memandangkan saya belum pernah ke tempat sejauh itu hehe. Terengganu makin sibuk, bak kata ibu saya. Sepanjang saya di sini, saya dan keluarga tinggal di homestay Haji Hassan, di belakang Hotel Permai (Permai Hotel). Tempat ini dikelilingi oleh tempat-tempat menarik antaranya Istana Badariah (istana rasmi, kalau saya tak salah), Kelab Golf Diraja, Taman Rekreasi Kuala Ibai, Masjid Terapung Tengku Zaharah,dan banyak lagi. gambarnya ada di atas.:D

   Alhamdulillah, syukran ya Allah. Moga hidupku ini bermanfaat bagiku, dan diredhai oleh-Mu, ya Allah.

Ilalliqa', ma'as salamah :)

No comments: