...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Friday 18 November 2011

assalamualaikum, salam satu ummah.


 ''kebahagiaan yang abadi adalah kebahagiaan bertemu Allah maha pencipta dalam keadaan yang baik, husnul khatimah''

sememangnya dunia merupakan 'syurga' maksiat, bahkan amat susah untuk kita, manusia umum ini untuk terus bermujahadah melawan nafsu dan syahwat yang merajai diri seandainya tidak dibanteras.

farah sendiri pun selalu 'tersesat' atas tanah lapang. sungguh, kita tak mudah untuk bertahan sekiranya tidak ada sebarang benda untuk bergantung.

dan sekarang tidak ada lagi latihan debat dalam jadual waktu farah. sayang nak lepaskan tapi biarlah, ada rezeki insya-Allah farah join semula kelab tu. moga Allah permudahkan. dan moga mereka memahami keadaan farah.

2x gagal kuiz fizik moden. PRAPPPPPP rasenya. sungguh, tak dapat terima, sehingga terasa ingin masuk tanah (down sangat-sangat). terima kasih kepada mereka yang bersama farah esp abah dan mak.


kadang-kadang rasa sunyi melanda diri ini walau pada hakikatnya, ramai orang yang berada di sekeliling.
tapi berbekalkan kata-kata ''kau nak sangat AP ni. kate kau minat sangat fizik. kate kau nk jadi engineer. kate kau nak jadi terbaik, dpt DL. kate kau nak ......blablabla'', farah tempuh jua. kesedihan tak kekal selamanya (pada zahirnya). biarlah. ini perlu menjadi suatu iktibar dan pengajaran pada diri sendiri agar tidak terjadi lagi pada masa hadapan.


banyak yang sampai tapi tak kena tepat pada sasaran
begitu lah hidup ini. banyak cubaan yang kita telah, sedang, dan akan lakukan sepanjang hidup ini. tapi berapa kerat je yang bull's eye? wallahu'alam. kita, n Yang Maha Esa shj yang dapat menjawapnya.

jadi, jangan terlalu mengharapkan kejayaan tanpa sebarang permasalahan. hanya orang gila shj yang tidak berhadapan masalah dalam hidupnya,kerana dia tidak mampu berfikir dengan waras akan sesuatu perkara.

3.35 SEAWAL SEMESTER SATU. payah, memang payah. tapi siapa kita untuk menidakkannya? inna m3al 3usri yusra~ dan man jadda wajada man zara3a hasoda~


yes, He's there if and only if we're there, too.







No comments: