...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Thursday 1 September 2011

Kullu 'am wa entum bi khair~


assalamualaikum, kawan-kawan.
salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. :D

hari ini, 3 syawal 1432H bersamaan 1 september 2011 masihi.
moga aidilfitri kita kali ini lebih meriah dan lebih bermanfaat insya-Allah.
bagi saya, tiada apa yang lebih meriah selain dapat berkumpul bersama-sama kaum keluarga dan sanak saudara, dan dapat alhamdulillah tahun ini saya berpeluang untuk menziarahi perkuburan generasi terdahulu yang telah dipilih Allah untuk bertemu-Nya lebih awal daripada kita.

memang sangat berbeza aidilfitri saya kali ini. pertama, saya pulang dua hari lebih awal sebelum raya, bermakna saya berpeluang berbuka puasa di kampung, dan merasai saat bertarawikh bersama warga Johor Bahru di Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

kedua, tahun ini merupakan tahun pertama kami beraya tanpa allahyarham nenek saya, hjh maimunah yang telah meninggal dunia sebelum hari raya aidiladha tahun lepas. saya sangat terkesan dengan pemergiannya.

ketiga, saya berpeluang untuk bermesra dengan anak-anak saudara saya yang comel, licik, dan keletah. menghiburkan! makin ramai, nampaknya saya semakin tua...sudah bergelar makcik auntie gitu. memang begitulah kitaran hidup manusia, patah tumbuh hilang berganti. patah hati carilah lagi. makin bertambah umur kita, sebenarnya makin dekat kita dengan kematian. maka seharusnya amalan dipertingkatkan dan dosa dikurangkan.

keempat, alhamdulillah saya sudah semakin rajin untuk membantu ibu saudara saya di dapur (sebelum-sebelum ini ramai kakitangan, dan saya terlalu kecil utk ke dapur kih kih kih). insya-Allah yang satu ini akan saya perhebatkan pada tahun-tahun akan datang.

satu perkara lagi, saya sangat teruja dengan kehadiran sanak saudara saya ke rumah salah seorang ibu saudara saya, auntie Mah malam tadi. hampir 33 orang yang hadir di rumah tersebut. kredit kepada anak sulung beliau, abg shahri kerana telah berjaya menjemput kaum kerabat, dan tahniah kepada semua yang berjaya menghadirkan diri. insya-Allah amalan ini bakal berterusan hingga ke akhirnya~

gambar anak-anak saudara saya (;

Marissa, anak abang zaki+kak ct

naufal, anak kak timah

badri, anak abg Ijan+kak Nor

khaliesya, anak abg Yat+kak Mar

dari kiri: kak ct, arie(badri), naufal, marissa, aqilah (anak saudara pertama)

dan ini, kampung halaman saya ^^


Natasya,fauzi,qistina, arie, daniel

Qistina, anak abg ijan+kak nor
*saya sebenarnya sudah tiba di rumah, putrajaya. esok, kami akan berkonvoi untuk ke kuala terengganu bagi menghadiri majlis akad nikah dan resepsi abang saudara sebelah ibu. doakan segalanya selamat dan selesai dengan jayanya, insya-Allah.

ma'as salamah, ililliqa' :))

No comments: