...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Sunday 28 August 2011

UNTUK AWAK*

Salam buat rakan-rakan. maaf, lama tidak menaip di sini. Apa-apa pun, salam penghujung Ramadan buat semua. Moga Ramadan kita telah ditempuhi dengan jayanya. ooh ya, UNTUK AWAK*(sangat bertuah AWAK* ni)^^

UNTUK AWAK#1
awak,
tak lama lagi awak akan ke tempat orang,
saya harap awak akan sentiasa diredhai Allah,
moga Allah sentiasa bersama awak, dan kita semua.
dan moga awak ingat, selalulah berharap pada-Nya
dalam semua perkara yang awak lakukan. :)
awak, teruskan pentarbiyahan diri awak kat tempat baru tu,
ya, kita mmg mudah goyang tanpa DnT.
Islam perlukan kita sebagai penegak kebenaran tau,awak.
{saya akan rindu awak} :')

UNTUK AWAK#2
awak,
september ni akan bermulalah kisah kita sebagai pelajar
peringkat sarjana muda di universiti tempatan.
(mujur la tidak terbang)-.-
maka, saya berharap agar awak dapat mulakan DnT,
kita perlukannya! :)
doakan saya dapat teruskan DnT yang telah saya mulakan.
awak, saya rindu kenangan kita,
zaman muda-mudi :(
{saya pun akan rindu awak juga}

UNTUK AWAK#3
awak,
kita pernah bersama untuk dua tahun,
bersama menempuh halangan dan cabaran,
untuk hadapi SPM bersama warga EXCELL9 yang lain.
dan tak lama lagi, awak juga akan ke negeri orang,
teruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu.
Tapi awak,
ke mana pun awak akan pergi,
saya sangat berharap agar iman kita sentiasa bertambah,
atau sekurang-kurangnya tidak berkurang. :)
zaman sekarang ni awak,
memang tak susah utk susah,
tak senang utk senang -.-
begitu juga dengan Islam, Iman, Ikhlas, dan Ihsan.
jadi,
saya harap, teruskan mencari ilmu Allah tanpa henti.
{i beg u,awak} ^^

UNTUK AWAK#4
saya sayang awak!
saya harap agar awak yang dah selamat kat bumi kinanah tu,
jage diri elok2,
saya yakin, hidup awak gembira di sana. :D
awak,
walaupun kita jarang berjumpa,
saya sayang awak! :D
moga Allah perkenankan doa kita,
dan kita gembira bersama, di syurga-Nya.
Insya-Allah.

UNTUK AWAK#5
awak,
saya mintak maaf,
saya macam selalu sangat ganggu awak,
(tapi awak cakap tak pun) ehe
tak tahu lah,
tapi awak jagelah diri ye
saya doakan. :)
tambahkan ilmu yang sedia ada dalam diri tu.
ilmu Allah ni luas kan, awak.
DnT tu, awak boleh buat.
awak seorang yang hebat...!
ye memang hebat..~.~


*nota: AWAK#1-AWAK#5=kawan-kawan ('',) saya.



p/s: ijazah sarjana muda sains dengan kepujian(fizik gunaan), insya-Allah saya akan selesaikan dengan sebaik mungkin. doakan saya, kawan-kawan.


terakhir: Salam aidilfitri 1432H buat semua. maaf zahir dan batin.

No comments: