...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)
Tuesday, 31 December 2013
[2013; A Year to Remember- a long post]
(this post is mainly about to appreciate and say thanks, A LOT to those people whom are sent by Allah to help me in surviving for life throughout 2013. May Allah sends more people after this, insya-Allah).
Bismillah..
-Kembara Siswa ke SMKA Arau,Perlis. pengalaman menjadi AJK aktiviti dan mengemudikan hampir semua slot dengan bantuan rakan-rakan. terima kasih, SekreFaST 12/13.
-Sukan Antara Fakulti (SUFA) semester 2, 2013 anjuran Pusat Sukan, dan kami (exco sukan SekreFaST) bertanggungjawab untuk kelolakan perihal para atlet FST. alhamdulillah dan tahniah kepada semua pihak! kekalkan prestasi untuk tahun yang akan datang ni. terima kasih kepada AJK dan atlet-atlet yang terlibat.
-SPARK yang diadakan untuk subjek Critical Thinking and Problem Solving. menang tak menang bukan ukuran kepada pengalaman yang berjaya dikutip. Kepada groupmates and AP 4th batch, tahniah dan terima kasih untuk memori ini.
-ACEsFAST semester 4 12/13. sungguh besar ujian dalam bentuk nikmat yang telah Dia beri kepada kita selaku hambaNya. terima kasih SekreFaST 13/14 sebagai penganjur majlis ini. dan tahniah rakan-rakan AP4th batch yang membuktikan semua orang ada hak untuk kecapi kejayaan. teruskan untuk semester ini dan semester yang akan datang!
-Applied Physics Seminar 2013. jadi ahli bawah unit protokol; jaga pentas. terima kasih senior 3rd batch atas kesempatan yang berharga ini. tahniah juga atas penganjuran seminar. semoga maju jaya semuanyaaa dan selamat membentang hasil kajian pada jumaat ini!
-Pilihanraya Kampus 2013. pertukaran kawasan saat akhir yang bukan bermaksud untuk mencabar mana-mana pihak, bahkan ingin wujudkan 'semangat persaingan' dalam kawasan sendiri. maaf jika ada yang berkata itu ini dan ketahuilah, saya tak kesal pun dengan yang terjadi. apa-apa pun, terima kasih kepada 470 yang sudi dan teruskan sokongan sepenuhnya kepada wakil kita! juga terima kasih kepada individu yang sudi menjadi Wakil Calon (pencadang dan penyokong) untuk PRK kali ini.
-Sukan Fakulti Sains dan Teknologi (SUFAST 2013) anjuran biro sukan SekreFaST 13/14. pengalaman pertama masuk gelanggang yang sangat susah nak lupakan. moga dapat masuk lagi lain kali. tahniah, penganjur. kepada kontinjen AP, tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan pengalaman berharga ini.
--------
alhamdulillah thummalhamdulillah. 2013 yang banyak beri saya makna kehidupan dengan berpersatuan. tak kira siapa pun kita, rasa ingin bekerja itu mesti ada. kerna 'the more you give, the more you will get, if Allah wills'. biarpun orang kata 2013 hanya sekadar nombor, namun nombor ini istimewa kerana tiada lagi lepas 31/12/2013.
ucapan terima kasih yang tak terhingga juga saya ingin ucapkan kepada Prof Norita, Pn Nor Jannah, para pensyarah, pembantu makmal, staf sokongan, dan semua warga Fakulti Sains dan Teknologi yang sudi membantu dan layani saya dan rakan-rakan sebaik mungkin. MAAFKAN silap tutur kata dan langkah saya. semoga tak jemu bantu lagi pada masa lain. moga Allah rahmati umur kalian.
>>azam untuk terus berbakti akan terus subur dalam diri ini selagi diizin nyawa oleh Dia. doakan kesejahteraan diri ini sepanjang masa<<
>>ayuh, doakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia yang semakin hari semakin ditekan pihak musuh abadi<<
sekian, catatan terakhir rumusan sepanjang tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT
At least 160,000 men and women are losing weight with a easy and secret "liquids hack" to lose 1-2lbs each and every night while they sleep.
It is easy and works with anybody.
This is how you can do it yourself:
1) Go get a clear glass and fill it up half full
2) Proceed to follow this strange HACK
and you'll become 1-2lbs lighter the next day!
Post a Comment