...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Saturday 23 February 2013

Dari Hati ; Secebis Rasa Buat Bicara

Terima Kasih' dan 'Minta Maaf'
dua perkataan dan istilah yang sangat berharga tapi jarang dituturkan.
terkadang ada hati yang terguris tanpa pengucapan dua perkataan ini. 
mungkin bagi sesetengah orang, tiada 'nilai' pun ucapan ini.
''alaaaa ape je pun.. setakat perkataan mintak maap tak kesah la''
"eleh benda tu pun nak mention"
"kisah ape aku dgn terima kasih dan mintak maap kau tu"

tapi bagi 'mereka',
"aku penat la mcm ni, da buat salah taknak mintak maap"

bahkan ada yang (mungkin) menangis kesedihan kerana terasa diri tak dihargai.
-----------------
jadi mari bersama kita mulakan langkah baru. ucapkan terima kasih dan minta maaf kepada semua yang terlibat dalam kehidupan seharian kita. mungkin benda ini tampak kecil tapi harus disedari kadangkala perkara sekecil ini yang menjadi penyebab kemusnahan dan keteguhan persahabatan kita.

*sekadar pandangan peribadi. teguran buat sahabat dan diri sendiri.
Wallahu a'lam

No comments: