...but why 'FIVE before FIVE'? well,, it is just the same as 'lima sebelum lima', a nasheed song, sang by Raihan. Be clear ya ;)



Sunday 15 January 2012

sebenarnya, kawan..

Assalamu 3alaik.

kawan, yang sebenarnya saya hanya boleh bekerjasama dengan sepenuhnya bersama-sama mereka yang saya percayai. 

Pengalaman telah banyak mengajar saya erti kepercayaan itu sendiri. maka pabila berhadapan dengan 'mereka' yang tidak saya thiqah, susah bagi saya memberikan kerjasama seperti yang seharusnya saya berikan. 

Mungkin benar, semakin lama kita meneroka ilmu Allah, semakin banyak cabaran yang akan bertandang di hadapan mata. 

Mungkin betul, semakin meningkat usia saya bermakna semakin banyak yang saya telah tempuhi dan seharusnya saya lebih memahami karenah pelbagai jenis manusia di muka bumi-Nya ini. 

Maafkanlah diri ini kerana tidak mampu menjadi ahli yang terbaik seperti yang diharapkan. dulu saya tidak seperti ini. tapi kini...

kawan, alangkah baiknya jika saya dapat bercakap seperti ini secara berdepanan. tapi saya seperti tiada keyakinan untuk itu. jadi di sini ingin saya katakan, saya mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan lalu, kini, dan akan datang. 

Moga kesungguhan kita mendapat tempat di mata Allah. Hanya kepada Dia wajib kita minta pertolongan setelah usai berikhtiar dan berusaha. 

*...dan entri ini ditulis kala saya sedang berperang dengan perasaan menjelang peperiksaan akhir bagi subjek Fizik Moden dan Kaedah Eksperimen dan Instrumentasi...

ALLAH, LEMBUTKAN HATI MEREKA UNTUK MENERIMA SECEBIS MAAF DARIPADA 
                                            AKU...                                                           

No comments: